Tuesday, 18 June 2013

WHAT'S BAKIN? : All time fav Red Velvet

Been baking this for 7 times this week. Alhamdulillahh i hv customers yg sgt setia with my RV. First time try buat, i ikut resipi Lynn Hassan. Sodappp!

But now konon dh terer sikit kan, ada la here and there olah original recipe. So here it is...don't hesitate to try this out. Masuk dapur cepat and start whipping.

Happy experimenting :))

Original recipe from Lynn Hassan ; Kek Cawan
(Olahan DamiaBites)

Bahan-bahan utk kek:
250gm tepung halus
1sudu teh baking powder
2sudu teh serbuk koko
1sudu teh garam
50gm walnut cincang
113gm mentega (i use unsalted butter Anchor brand)
150gm gula kastor (i reduce to 130gm)
1sudu teh vanilla
2biji telur

(Buttermilk) *they sell the ready made one in store, tp kalau x jumpa boleh buat ni ye..
240ml susu cair
1 sudu makan pewarna merah
1 sudu teh cuka/lemon squeeze

Cara membuat buttermilk;
Campurkan susu cair dan cuka, biarkan selama 10minit. Kemudian, masukkan pewarna merah)

Tambahan :
1sudu teh cuka
1sudu teh bikarbonat

CARA MEMBUAT RED VELVET
  1. Ayak tepung, serbuk penaik dan serbuk koko. Selepas ayak, masukkan walnut dan gaul. Ketepikan seketika.
  2. Pukul mentega, gulakastor dan vanilla sampai gula hancur. Masukkan telur sebiji demi sebiji. Pukul sampai kembang.
  3. Campurkan 'buttermilk'berselang seli dengan bahan tepung yang diayak td ke dlm bancuhan. Start dgn bahan kering dan buttermilk. Akhiri dgn tepung jugak k.
  4. Dalam bekas kecil lain, masukkan bahan tambahan 1sudu teh bikarbonat kemudian tuangkan cuka. Apabila habis buih, masukkan bahan ini dlm adunan td.
  5. Bakar selama 20-25minit dgn suhu 160 celcius.

Bahan-bahan Cream Cheese Frosting:
125gm cream cheese (i use Philadelphia brand)
50gm unsalted butter
80gm icing sugar
1cawan thickened cream - whipped until stiff

CARA MEMBUAT CREAM CHEESE FROSTING
  1. Putar thickened cream sampai kembang. Letak ketepi.
  2. Dalam mixing bowl lain, putar cream cheese sampai kembang lepastu masukkan butter
  3. Putar lagi sampai sebati.
  4. Masukkan gula ising sikit2 dan kacau rata.
  5. Boleh guna nozzle No.852 utk deco2 bentuk swirl gitu and sprinkle some RV crumbs on top.
Good luck ;)


 





Thursday, 30 May 2013

WHAT'S COOKIN : Nasi Ayam sedap! :)


Since harini takde critical orders dr customer2, so my sis (La) take over hal2 production. alhamdulillah..everyday kena make sure crackers standby je in stock. Thank you kpd Kak Siti & Aunty Rozza sbb dlm seminggu mesti pass stock kat diorang. Syukur :))

So Kak Anya pun ada masa lah nk polish skill memasak yg dh 2minggu berehat dr berjumpa kuali (sbb kebanyakkan masa asyik mengadap oven)

Menu kali ni, Nasi Ayam. Sbb my adik-adik kalau masak yg jenis berlauk memang slowww sgt nak makan. Sebenarnya, simple je nak prepare nasi ayam ni. Jom i share the resipi and cara masak Nasi Ayam step by step ;)

1) START DGN BUAT SUP
  1. 2-3 ulas bawang putih + 1inci halia (ditumbuk)
  2. daun ketumbar
  3. ayam
  4. ubi kentang (optional)
  5. 1-2 kiub ayam sebagai perasa
  6. Sup bunjut
Cara-cara, tumis bahan yg ditumbuk. Agak2 bawang putih dan halia tu dh keperangan, campak daun ketumbar dan tambahkan air dan sup bunjut. Masukkan ayam dan kentang. 
Perasakan dgn 1-2 kiub pati ayam.
TIPS: Jgn masak ayam terlalu lama, sbb ayam akan digunakan kemudian utk marinate & goreng. Kalau tak, ayam cepat hancur2 gitu.

2) MASAK NASI PULAK
  1. beras (ikut kuantiti brp org nak makan time tu lah kan)
  2. 3 sudu Mentega + 1sudu minyak sapi (optional)
  3. Daun pandan
  4. serbuk kunyit (optional; kpd sesiapa nk nasi ayam dia warna kuning)
Cara-cara, panaskan mentega+minyak sapi dlm kuali..lepas tu goreng beras bersama mentega yg dh cair tu. Bila dh rata, pindahkan beras ke dlm rice cooker. Masak beras tu td dgn air rebusan sup yg kita masak mula2. Letak daun pandan and secubit serbuk kunyit.

3) BASIC AYAM MADU 
  1. Madu
  2. Kicap
  3. Cili sos
  4. Sos tiram (1 sudu besar)
  5. Minyak bijan (1 sudu kecil)
  6. Serbuk lada hitam sikit
Cara-cara, ambil ayam yg kita masak dlm sup tu, gaul rata dgn bahan2 di atas ikut sesedap rasa.
TIPS: Jgn letak banyak sgt sos tiram & kicap, nanti dia hitam pekat mcm ayam dlm gambar ni haha

4) SOS CILI NASI AYAM
  1. Bawang putih 3ulas
  2. Limau kasturi (5biji dibuang biji atau sesedap rasa)
  3. Cili merah (5 biji atau ikut suka hati org memasak)
Cara-cara, blend bahan2 di atas sampai hancur tambahkan air dan garam sebagai perasa.
TIPS: Utk limau kasturi tu, blend je sekali dgn kulit dia.

Semua proses ni makan masa dlm 1jam 20 minit je or less (kalau ada yg menolong hehe) Selamat Mencuba :)

Xx,
ilidamia


Tuesday, 28 May 2013

Welcome to another part of cyber world, Damiabites :)

Assalamualaikum, Hello, Hai kepada semuaaaa yg sedang membaca.

YES!
Rasa tersangat excited time typing ni finally ada masa terluang utk create my very own baking/cooking blog dan semua2 cerita sejak jd usahawan kek ni kan.. :D

And maybe, from this blog, i boleh kongsi few tips dan pengalaman sendiri yg boleh dijadikan panduan yg basic2 tu kat semua yg minat utk start bisnes dan tekad utk tak lagi stuck kat "federal highway. *if you know what i mean? :p* hehe

So, itu je lah. Till we meet again on the next post dear readers.
Salam.

Xx,
ilidamia.