Thursday, 30 May 2013

WHAT'S COOKIN : Nasi Ayam sedap! :)


Since harini takde critical orders dr customer2, so my sis (La) take over hal2 production. alhamdulillah..everyday kena make sure crackers standby je in stock. Thank you kpd Kak Siti & Aunty Rozza sbb dlm seminggu mesti pass stock kat diorang. Syukur :))

So Kak Anya pun ada masa lah nk polish skill memasak yg dh 2minggu berehat dr berjumpa kuali (sbb kebanyakkan masa asyik mengadap oven)

Menu kali ni, Nasi Ayam. Sbb my adik-adik kalau masak yg jenis berlauk memang slowww sgt nak makan. Sebenarnya, simple je nak prepare nasi ayam ni. Jom i share the resipi and cara masak Nasi Ayam step by step ;)

1) START DGN BUAT SUP
  1. 2-3 ulas bawang putih + 1inci halia (ditumbuk)
  2. daun ketumbar
  3. ayam
  4. ubi kentang (optional)
  5. 1-2 kiub ayam sebagai perasa
  6. Sup bunjut
Cara-cara, tumis bahan yg ditumbuk. Agak2 bawang putih dan halia tu dh keperangan, campak daun ketumbar dan tambahkan air dan sup bunjut. Masukkan ayam dan kentang. 
Perasakan dgn 1-2 kiub pati ayam.
TIPS: Jgn masak ayam terlalu lama, sbb ayam akan digunakan kemudian utk marinate & goreng. Kalau tak, ayam cepat hancur2 gitu.

2) MASAK NASI PULAK
  1. beras (ikut kuantiti brp org nak makan time tu lah kan)
  2. 3 sudu Mentega + 1sudu minyak sapi (optional)
  3. Daun pandan
  4. serbuk kunyit (optional; kpd sesiapa nk nasi ayam dia warna kuning)
Cara-cara, panaskan mentega+minyak sapi dlm kuali..lepas tu goreng beras bersama mentega yg dh cair tu. Bila dh rata, pindahkan beras ke dlm rice cooker. Masak beras tu td dgn air rebusan sup yg kita masak mula2. Letak daun pandan and secubit serbuk kunyit.

3) BASIC AYAM MADU 
  1. Madu
  2. Kicap
  3. Cili sos
  4. Sos tiram (1 sudu besar)
  5. Minyak bijan (1 sudu kecil)
  6. Serbuk lada hitam sikit
Cara-cara, ambil ayam yg kita masak dlm sup tu, gaul rata dgn bahan2 di atas ikut sesedap rasa.
TIPS: Jgn letak banyak sgt sos tiram & kicap, nanti dia hitam pekat mcm ayam dlm gambar ni haha

4) SOS CILI NASI AYAM
  1. Bawang putih 3ulas
  2. Limau kasturi (5biji dibuang biji atau sesedap rasa)
  3. Cili merah (5 biji atau ikut suka hati org memasak)
Cara-cara, blend bahan2 di atas sampai hancur tambahkan air dan garam sebagai perasa.
TIPS: Utk limau kasturi tu, blend je sekali dgn kulit dia.

Semua proses ni makan masa dlm 1jam 20 minit je or less (kalau ada yg menolong hehe) Selamat Mencuba :)

Xx,
ilidamia


No comments:

Post a Comment